Copyright © 2017, Madaniah Group of Companies V2, All Rights Reserved.
Rawatan - Rawatan
  • Rawatan Dadah (Dan SeumpamaNya)
  • Rawatan gangguan sihir / Saka / Santau
  • Rawatan Rumah Tangga / Jodoh
  • Rawatan untuk Perniagaan / Rezeki / Perkhidmatan / Perlindungan
  • >>> Rawatan HIV / Kronik /Cancer / Leukemia & Dll
  • Rawatan Zuriat / Ibu & Anak
Testimoni
PANYAKIT FIZIKAL & KRONIK
 

Pesakit: Mumtazah Bt Masnin
Masalah: Radang tulang dan saraf


Saya Puan Mumtazah Bt Masnin berumur 29 tahun telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Seminggu sebelum puasa Ramadan 2011, saya telah mengalami demam yang agak pelik dan tidak kebah,saya telah berjumpa dengan doktor dan doktor telah mengesahkan saya menghidapi penyakit radang tulang dan saraf,berita itu amat mengejutkan saya. Saya mengalami sakit-sakit di bahagian setiap sendi tubuh badan sehingga menjadi lumpuh. Saya tidak mampu menggerakkan tubuh saya sehinggalah saya berjumpa dengan PUSAT RAWATAN PAKAR ALTERNATIF DAN SYIFA MADANIAH dan membuat rawatan dengan Dr.Anas. Selepas menjalani rawatan khusus , pakej eksklusif rawatan jarak jauh serta produk. Alhamdulillah selepas sebulan saya pulih sepenuhnya seperti sediakala.

Pesakit: Nur Humaira Bt Izham
Masalah: Ulser di bahagian kaki


Saya Nur Humaira Bt Izham berumur 17 tahun mempunyai masalah kulit di bahagian kaki yang amat kronik, akibat daripada sakit itu saya mengalami masalah tidak dapat tidur di waktu malam, dan prestasi pelajaran saya menurun. Kemudian ibu bapa saya telah membawa saya ke PUSAT RAWATAN PAKAR ALTERNATIF DAN SYIFA MADANIAH untuk membuat pemerisaan kesihatan dengan Dr Anas, hasil daripada pemeriksaan tersebut Dr Anas telah mengesyorkan saya menjalani rawatan khusus , pakej eksklusif rawatan jarak jauh serta produk.. Selepas 2 minggu kemudian Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T penyakit kulit saya pulih seperti biasa.
 
Pesakit: Mohd Izzuanee b. Mohd Ramli
Masalah: Anak (gagap dan lemah semangat)

Saya mempunyai dua orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan,anak lelaki saya berumur 12 tahun, dia mengalami masalah gagap dan malu,anak perempuan saya pula berumur 15 tahun mengalami masalah lemah semangat dan penakut, masalah mereka berdua amat merungsingkan saya. Selepas saya menggunakan pakej student  dan sibyan dari produk Madaniah, Alhamdulillah kedua-dua mereka mengalami perubahan yang ketara, anak lelaki saya tidak lagi gagap dan anak perempuan saya tidak lagi menjadi penakut. Terima kasih Madaniah.
 
Pesakit: Rozana Binti Puteh
Masalah: Injap jantung bocor 80% dan bengkak.


Saya Rozana bt puteh berasal dari Baling Kedah, saya mempunyai masalah kebocoran di injap jantung dan membengkak. Pada permulaannya saya sukar  bernafas dengan baik. Kemudian saya telah pergi membuat pemeriksaan di hospital dan Doktor telah mengesahkan jantung saya telah mengalami kebocoran dan membengkak, untuk mendapatkan lagi kepastian tentang penyakit saya ini saya telah pergi ke Pusat Perubatan Alternatif & Syifa’ Madaniah dan berjumpa dengan Dr Anas. Beliau juga telah mengesahkan saya mengalami masalah di bahagian jantung yang kronik.Selepas itu, saya terus menjalani rawatan khusus masalah jantung, pakej eksklusif rawatan jarak jauh serta produk. Alhamdulillah selepas itu saya boleh bernafas dengan selesa dan sihat sepeti sedia kala. Syukur ke hadrat Ilahi.
 
Pesakit: Pn. Junaidah
Masalah: Jantung (saluran injab membengkak)


Saya Pn. Jamaliah daripada Pulau Pinang mengalami masalah jantung yang kronik, Doktor di hospital telah mengesahkan saluran injab  jantung saya telah membengkak sebesar duit syiling 20sen. Kes ini merupakan kes yang sangat jarang berlaku di dunia kerana hanya 3 kes sahaja berlaku di dunia ini termasuk saya dan saya juga merupakan kes pertama yang berlaku di Malaysia. Tetapi saya tidak pernah putus asa, saya dan keluarga tidak jemu mencari penawar penyakit saya, kami  mencari inisiatif lain untuk mengubati penyakit saya, akhirnya saya bertemu dengan Madaniah. Selepas di “scan” oleh Dr Anas, beliau mendapati penyakit saya berpunca dari  injab saluran jantung. Dr Anas telah mengesyorkan saya supaya menjalani rawatan khusus masalah jantung, pakej eksklusif rawatan jarak jauh serta produk. Syukur ke hadrat Ilahi, penyakit yang saya alami selama ini hilang dan sekarang saya beransur sihat walafiat,saya dan keluarga amat gembira dan menjalani kehidupan seperti sediakala. Alhamdulillah…
 
Pesakit: En Azhar
Masalah: Buah Pinggang (bayi 8 bulan)


Saya telah diminta untuk melihat seorang budak berusia 8 bulan yang disyaki menghidap buah pinggang, TB dan bermacam-macam lagi. Pihak hospital mencari punca-punca penyakit budak malang itu. Saya telah memberi kepada ibunya Produk Madaniah iaitu Qur 30 untuk diberi minum dan disapu pada tubuhnya. Dengan kuasa Allah S.W.T , ibunya telah memberitahu kepada saya bahawa kini anaknya beransur pulih dan ceria.

 

Pesakit : Inas Athirah ( ibu :Cik Ani binti Mat )
Masalah :Sakit Kepala Kronik

Anak saya , Inas Athirah berumur 12 tahun, seorang pelajar pintar di sekolah mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan tetapi sejak setahun yang lalu anak saya mendapat penyakit aneh iaitu sakit kepala yang sangat kuat. Sekiranya tidak dapat menahan sakit, dia akan menghentakkan kepalanya di dinding atau menggunakan tangannya. Keadaan ini menyebabkan tidur yang tidak lena dan mutu pelajarannya sangat merosot. Hafalan sifir matematik semakin berkurang disebabkan penyakitnya itu. Kami bawa ke hospital pakar dan doktor telah membuat pengimbasan dan juga mengunakan MRI tetapi keputusannya tiada apa-apa masalah di bahagian otaknya. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berkunjung ke Pusat Perubatan Pakar Alternatif dan Syifa bertemu Datuk Dr. Anas. Setelah menjalani rawatan khusus masalah sakit kepala, pakej eksklusif rawatan jarak jauh serta produk.. Dalam tempoh tujuh hari sahaja anak saya kembali normal dan sihat. Kesakitan yang dialami di belakang kepalanya hilang sepenuhnya. Hafalan sifir matematiknya juga kembali lancar seperti dulu memandangkan subjek matematik adalah subjek kegemarannya. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kesembuhan yang diberikan.
Ayah kepada Inas Athirah.